Ada HD?
Kembali semula aku menekan-nekan papan kekunci yang telah jelas ternyata terlalu lama ia menabur khidmat kepada aku, sehingga terdapat beberapa cursors dah hilang labelnya! (A, Shift, Ctrl)
Dari hari ke hari, tak sempat nak jengah apatah lagi nak kemaskini blog-o-graphy aku ni. Agak sibuk dengan tugas seharian. Apa-apa pun aku semakin membiasakan dengan tugasan ‘2 dalam 1′ aku semenjak bergelar kakitangan awam bertaraf tetap tempoh hari. Tapi moga-moga mesyuarat pertama aku bersama Unit Pesuruhjaya Bangunan PBT Negeri Perak yang lain dengan Ketua Penolong SUK Negeri Perak lusa (29/1) ni semua berjalan lancar. Selalu apa-apa urusan di Pejabat SUK dengan teman-teman tapi kali ni sendirian! (dan aku adalah ‘orang paling kecil di kalangan orang besar’).
Bila pulang ke rumah nak rehat sambil menghirup secawan kopi Davidoff dan membaca akhbar atau menonton televisyen untuk dipropagandakan oleh suapan media massa dan elektronik… aaahh, syukur pada Yang Maha Esa.
HD atau tidak HD? HD adalah dua abjad yang kerap kita dengar atau terbaca di dada akhbar sekarang. High Definition atau Definisi Tinggi pada televisyen terkini menghasilkan resolusi yang lebih tinggi berbanding resolusi monitor pada televisyen standard. Maka terhasillah gambar paparan yang terlalu menakjubkan sehingga anda akan terbayangkan sebuah kapal selam timbul di hadapan rumah anda dan yang bukan-bukan.. seperti iklan Astro b.yond keh keh keh…
Aku cuma terfikir kelmarin ketika aku menjalankan tugas no.2 aku (lawatperiksa kawasan) aku ternampak piring satelit (satellite dish) Astro b.yond berwarna kelabu pada atap sebuah rumah.. seraya aku terfikir sejenak “Kalau rumah ni ada dish Astro b.yond, mesti dia ada tv LCD full HD dan pastinya dia connect dengan set teater rumah”. Tentu akan menarik perhatian kepada orang yang tidak mempunyai otak untuk berfikir selain daripada merompak. Entah, ini pendapat aku sendiri.. dan bukannya seorang perompak ya!
So ada HD? High Definition atau Hape Daaaa…..
santai | Comment (0)
Aiyoh !
Aiyoh! Ayat yang sinonim dengan kawan-kawan berbangsa India yang membawa makna lebih kurang “Mak aii” atau “Haiya” etc. Kita kan 1 Malaysia.. even ni pun before istilah 1 Malaysia wujud :-) Anyway, diorang bakal sambut pesta Ponggal hujung minggu ni. Apekebende? Google aje lah.
Releven ke jika aku nak “Aiyoh!” kepada diri sendiri? Hehe.. tengah penin-penin dengan tugasan-tugasan yang semakin “sikit-sikit lama-lama jadi sakit” (huh?) Tapi takde la sampai pitam, demam etc. pulak. Just sambil-sambil browse nota-nota tugasan, dok berblog-o-graphy pulak. Minggu ni adalah bermulanya minggu yang agak ‘hectic-breaktic’ pada aku..
Semalam dok rushing ke Teluk Intan ada appointment dengan En. Khairul (first name je sama) di Pejabat Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta sebab dia ni aku anggap sebagai ’sifu COB’ aku. Dok pinjam notes dia tentang Pesuruhjaya Bangunan (COB) Negeri Selangor (antara yang most perfect!) untuk di copy hehe.. Thanx En. Khairul, teman budak baru blajo.
Then rushing pulak ke Pejabat SUK Ipoh sebab member aku ada urusan kat situ.. bincang pasal nak adakan Bengkel (buat kertas kerja, bukan ‘bengkel’ kereta) di Penang. Penang lagi yippi!! Hope bos aku jangan le tercicir nama aku huhu..
Aiyoh! Tetiba je hujan lebat kat luar nun. Ye lah, panas yang ku sangkakan hingga ke petang tapi hujan di tengahari.. tapi takpe, spare la payung! (if you have one). Hujan itu satu rahmat, tak kira lah bila pun ia turun.
Oh ya, Jumaat ni (15/1) jam 3ptg - 5ptg ada gerhana separa matahari. Macam last year (26/1/2009) dapat gak tengok tapi lusa ni tak sure dapat tengok or tak sebab ner outstation huhu.. Dan esok (14/1) Yahoo! tamatkan penggunaan aplikasi Yahoo!Go (Yahoo mobile dalam henset)-aku guna untuk cek emel, cek ramalan cuaca etc.. Ape la Yahoo! ni dah tak yahoo dah.
Stop sini dulu.. oh ya, blog gitu-gitu aku ni dah menemui matlamat hakiki tagline “where sometime the truths are nowhere to be seen” nya.
For my blood, my sweat, my tears.. the truth hurts, but it’ll heals. Aiyoh!!!
santai | Comments (2)